Powered By Blogger

Sunday, November 20, 2011

Hati yang terguris luka

Sejak kembali dari kampung beberapa bulan yang lalu, hati ini masih sakit sekali dengan peristiwa yang terjadi ketika berada disana. Semuanya menyalahkan diriku, yang menjadi punca segala galanya. Setabah manapun kita berdiri, jika diterjah badai yang bertalu talu, masih mampukah aku berdiri?

Aku juga manusia biasa, insan yang punya banyak kelemahan. Namun aku tak sangka dengan terjadinya peristiwa itu, hubunganku dengan keluarga dikampung menjadi renggang. Aku jadi malas untuk menelefon, bertanya khabar seperti biasa. Tetapi aku tetap menyembunyikan genta rasa hatiku yang terluka jika ada mereka menghubungiku .Namun tetap kedengaran suaraku yang tidak ikhlas untuk berbual.Ya Allah, berdosakah hambaMu ini kerana bersikap demikian?

Mana taknya, kebanyakan masalah bukanlah berpunca dariku. Oleh kerana sikap kebangangan sesetengah orang yang bersikap acuh tak acuh, berlagak dan iri terhadap orang lain, akhirnya aku yang menjadi mangsa. Mujurlah aku masih mampu untuk bersabar. Aku masih mampu tersenyum biarpun hati ini bagai disiat siat.
Dan inilah yang menjadi punca aku mengambil keputusan untuk tidak pulang kekampung pada hari raya haji yang lalu.Juga pada musim cuti persekolahan yang panjang ini aku juga tidak mahu pulang. jika mereka bertanya sebabnya, aku hanya akan menjawab,selagi suamiku masih bekerja disitu, kami tidak akan pulang kerana jika kami pulang kekampung pun, "hanya akan menyakitkan hati orang tua aje" meminjam kata kata seseorang yang pernah dilontarkan padaku menerusi telefon.

Aku tak mahu menyakitkan hati orang tua suamiku. sementelah aku pun sudah tidak mempunyai ibu bapa lagi, maka terserah padaku untuk pulang atau tidak. Memang lah cuti ditempat kerja suamiku susah nak dapat, maka walau 3 atau 4 hari sudah memadai untuk kami pulang menjenguk orang tua dan saudara mara dikampung.Malangnya kepulangan kami sering diiringi dengan kata kata sinis,"hmm, baik tak payah balik kalau cuti setakat 3 atau 4 hari". So what??

Kali ini aku betul betul makan hati dengan keluargaku dikampung. Dan aku sudah bertekad, jika aku pulang kekampung hanyalah jika mendengar khabar ada orang sakit atau ada sebarang musibah yang melanda. setakat balik nak bersuka ria, lebih baik lagi aku bawa anak-anakku pergi bercuti barang semalam dua ditempat orang. Jauh berjalan luas pemandangan...tidaklah aku menjadi katak dibawah tempurung macam mereka yang suka menyakitkan hatiku dengan perilaku yang tidak senonoh , biadap dan tak reti bahasa.