Powered By Blogger

Friday, June 6, 2014


dari mawar berduri



Ini adalah info dari rakan fb.harap aku boleh amalkan dalam hidupku

Zikir Harian yang ada di dalam kitab Khulasoh Al-madad an-nabawi yg disusun oleh Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin syeikh Abu Bakar bin Salim Al-'Alawi Al-husaini.


Selepas solat subuh:
-Wirdul Latif lil imam Al-Haddad
-Surah Yaasin
-Wirdus Sakran Lil imam Abu Bakar bin Abdurrahman Assegaf
-Hizib Imam Nawawi

Selepas solat zohor:
-Laa ilaaha illallahul malikul haqqul mubin 100x
-Hizib Nasyar Lil imam Al-Haddad

Selepas solat Asar:
-Surah Al-Waqi'ah
-Hizib Bahr Li sayyidi Abi Al-Hasan As-syazili

Sebelum solat maghrib:
-Wirdul Latif lil imam Al-Haddad @ Ratib A-Haddad
-Ratib Al-'Attas

Selepas solat isyak:
-Wirdus Sakran Lil imam Abu Bakar bin Abdurrahman Assegaf @ Hizib Imam Nawawi
-Surah Al-Mulk
LikeLike ·  · 

bahana facebook

bismillah...

Lama ku tak menulis. Sesungguhnya aku adalah insan alpa dengan nikmat dunia. Perkara yang terjadi pada diriku sejak akhir akhir ini adalah satu teguran dari Allah. Aku rasakan masaku untuk muhasabah semakin berkurang. akibatnya aku jadi hanyut dengan kesibukan yang aku pun tak tahu hujung pangkalnya. the end of the day...kelabu asap.masuk angin keluar asap. Dan aku rasa ini pun terjadi mungkin disebabkan keghairahanku untuk memperbaiki diri hingga aku jadi lupa pada orang disekelilingku yang amat memerlukan perhatianku. boleh kata aku ini telah terpedaya dengan penampilan luaran. pada mulanya aku sangat mengaguminya. Boleh jadi sumber insprirasilah katakan. tapi sayang seribu kali sayang, aku termasuk dalam kancah kepura puraan. aku yang jenis baran, memang tak boleh bersabar dengan ketidakadilan ini. dan perkara yang tak diingini pun terjadi..meletus sedikit kata mengata di facebook..perkara paling aku cuba jauhi namun jadi juga pada diriku. Dan orang yang terlibat adalah mungkin dikenali ramai orang walaupun ku tak sebut namanya disini.walau bukan artis namun dia sangat pandai menuturkan kata kata dan bermain dengan ayat ayat al quran sentiasa meniti dibibir. kalau pendengar ikim tegar mesti tahu siapa yang aku maksudkan.

namun percayalah, apa yang aku alami ini bukan sahaja dialami oleh diriku. aku ini adalah mangsanya yang ketiga mungkin.. dan kata informer itu, mungkin aku juga turut dimalukan dan dijatuhkan aib oleh dia seperti yang telah dilakukan pada beberapa orang sebelum ini didalam facebook jika aku lantang mengkritis dirinya. maklumlah, orang yang dekat dengan ulama. dakwanya kata katanya adalah masin. jangan main main dengannya. kelak binasa. hmm, bagi aku itu sudah jatuh syirik jika percaya yang kata-katanya akan membuat sesorang itu menderita. kesusahan, kesenangan, kelapangan, kesempitan seseorang manusia itu hanya Allah swt yang menentukan. Garisan kehidupan ini sudah ditulisnya seawal 4 bulan kita berada didalam rahim ibu. Takdir hidup seperti jodoh, rezeki ajal maut semua ditanganNya. Dan aku tak risau langsung kalau aku dikatakan telah berkurang ajar dengannya. dan memang aku akui darjah kepanasan hatiku memuncak hingga aku memancing kepanasan hatinya pula. namun seperti tagline dia aku pakai semula...ada aku kesah!!

apa yang aku harapkan dari kejadian semalam adalah, janganlah kita terlalu taksub memuja seseorang. bersangka baik adalah bagus, tetapi jangan berlebihan. baik artis atau bukan artis. Kadang kala taksub kepada bukan artis adalah lebih bahaya kerana ia bertopengkan agama. sorry to say, nak menipu orang melalui agama adalah lebih mudah dan senang memperolehi pengikut.termasuklah apa yang terjadi pada diriku hahaha. aku gelakkan diri sendiri.

namun, aku juga masih mau berterima kasih padanya. kerana mengenalinya, membuatkan aku kenal dengan beberapa orang lagi yang pada ku sangat bagus dalam menghayati agamanya. selalu berkongsi idea dan menjalinkan ukhuwah lebih erat dan ikhlas dalam perhubungan. membuatkan aku sedar diri yang sebenarnya sikap yang taksub akan sesuatu lebih membawa kepada keburukan. inna lillahi wainna ilai hirojiun. musibah yang menimpa diriku sekarang ini kuharap dapat meneguhkan jiwa ku dan menjadi lebih kuat untuk hari hari mendatang..alhamdulillah.

akan kuharungi kepahitan ini dengan penuh sabar dan tabah. Ya Allah yang Maha Pengasih, kuatkanlah jiwaku...ambillah iktibar dari Nabi Muhammad SAW yang diuji dengan kata nista tetapi tetap membalasnya dengan kebaikan..


Sunday, March 2, 2014

Puisi buat teman

1 Mei lalu, saya ada mengunjungi seorang teman. Teman lama, sewaktu sama sama menuntut ilmu dulu. Gembira sangat rasanya, terubat kerinduan setelah beberapa lama tidak bertemu mata. Dah dikurniakan cahaya mata rupa-rupanya.

Bersamanya beberapa jam, terimbau kenangan sewaktu di kolej dahulu. Walaupun kami asyik bercerita perkembangan terkini tentang diri masing masing, sewaktu dalam perjalanan fikiran asyik menerawang tentang masa masa lalu. Indah sekali waktu itu. Andai dapat diputar kembali....

Di kasihi Allah

Assalamualaikum...



hari ini seperti biasa, rutin harian saya menonton rancangan tanyalah ustaz, mukaddimah dan adik & al Quran. Apa yang menarik untuk saya kongsikan disini ialah tajuk rancangan mukaddimah iaitu dikasihi Allah. Bagaimana kita sbagai hamba Allah mahu di kasihi oleh Pencipta kita iaitu Allah SWT. Apa yang perlu iita buat agar kita mendapat rahmat dan kasih sayangNya. Antara tip-tipyang dikongsikan oleh Ustaz Zahazan pagi ini ialah:

- Kita kena mengasihi sesama makhluk yang Allah ciptakan di muka bumi ini. tidak kiralah manusia ke haiwan ke alam sekitar.

jangan ada perasaan benci membenci khususnya kita sesama manusia. Berbeza idea, fahaman politik dan latar belakang keluarga bukan satu tiket untuk kita saling bermusuhan.

welcome 2014...

 assalamualaikum

huh..dah bersawang blog ni sebab lama tak buka. lantaran kesibukan seharian menyebabkan aku leka dalam meladeni kehidupan seharian.

ok tak nak cakap banyak. cuma nak update ilmu pengetahuan baru ku peroleh dari ceramah yang kudengar hari ini agar tak lupa dan boleh di tatap oleh anak anakku bila mereka dewasa  nanti.

inti pati dari kuliah ustaz Yusuf Mansur:

TAJUK: KEAJAIBAN SHOLAWAT

1) Dalam hidup ini, kita dianjurkan memperbanyakkan selawat keatas nabi sebanyak-banyaknya.
 semakin besar masalah dalam hidup ini semakin banyak perlunya kita berselawat. ada seorang diceritakan ustaz Yusuf, beliau merupakan seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir. dia pergi tanpa tajaan, dan apa yang membantunya ialah dengan ia berselawat 4444 kali sehari ke atas nabi Muhammad saw. dia melakukan setiap pagi selama lebih kurang 2 jam sesudah solat subuh sebanyak 4444 kali. Masya Allah Tabarokallah. pengajian beliau ditaja oleh seorang arab jutawan berkat dari keikhlasan selawat yang diamalkan.

2) Pegang ubun kelapa anak anak dan bacakan selawat sebanyak banyaknya agar ia menjadi orang yang taat pada Allah dan rasulnya diseluruh kehidupannya. bacakan juga Al fatihah untuk orang 2 tersayang seperti suami dan anak anak untuk kesejahteraan hidup.

3) Jika kita mengalami kesakitan atau mempunyai penyakit serius seperti jantung atau kanser atau penyakit biasa seperti sakit perut dan pening kepala, dianjurkan pegang dibahagian sakit itu dan bacakan selawat sebanyak banyaknya. termasuklah jika poket kita kempis bulan itu, maka pegang poket itu dan berselawat. Insya Allah dengan izin Allah akan datang rezeki yang mencurah curah.

Mungkin ada orang tidak percaya atau menganggap ia satu bidaah. namun, siapa yang berselawat
 bererti dia mencintai Rasulullah saw dan orang yang mencintai Rasullullah saw pasti akan dicintai Allah swt. wallahuaklam.




Sunday, May 13, 2012

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Saturday, May 12, 2012

Sungguh lama saya tidak menulis. Melalui fasa kehidupan yang berubah rutinnya,menjadikan saya tidak lagi punya kesempatan untuk menulis sesuatu. sejak akhir bulan November 2011, saya telah mula kembali kealam kerjaya. Bermula dengan kerani am, sehingga sekarang telah memikul tanggung jawab yang lebih berat iaitu assistant manager di sebuah syarikat milik Taiwanese yang mempunyai kilang di Vietnam.

Bekerja dengan mereka sungguh mencabar. Alhamdulillah dengan bantuan Allah saya sentiasa dapat melalui rintangan demi rintangan sehinggalah saya telah menjadi orang kanan di syarikat. Saya telah menjadi orang kepercayaan boss, dan semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi dalam hidup saya sepanjang saya mencari nafkah disitu.

Tujuan utama saya kembali bekerja hanyalah satu, iaitu ingin menambah pahala. tambah pahala yang bagaimana? Begini...saya mempunyai satu kegemaran, iaitu sentiasa mendengar ceramah agama dan motivasi tak kira dimana saya berada. Bila selalu mendengar majlis ilmu, saya ingin cuba mempraktikkan. Disamping selalu mengkoreksikan diri, saya juga ingin mengamalkan petua kekayaan yang diselalu di berikan oleh prof dr Muhaya (my idol) dan ustaz Azhar Idrus iaitu selalu bersedekah. Sedekah boleh menambah kekayaan, sekiranya kita betul betul ikhlas. Saya lihat dalam diri saya, saya tak punya banyak duit macam Siti Nurhaliza, dan saya pun perlu bantu suami saya menanggung anak kami seramai 4 orang(saya berhasrat mahu hantar anak-anak saya jadi hafiz dan hafizah-perlu duit agak banyak untuk menampung yuran pengajian setiap bulan). So, apa yang perlu saya buat?Allah swt pun dah bagi macam macam

Sunday, November 20, 2011

Hati yang terguris luka

Sejak kembali dari kampung beberapa bulan yang lalu, hati ini masih sakit sekali dengan peristiwa yang terjadi ketika berada disana. Semuanya menyalahkan diriku, yang menjadi punca segala galanya. Setabah manapun kita berdiri, jika diterjah badai yang bertalu talu, masih mampukah aku berdiri?

Aku juga manusia biasa, insan yang punya banyak kelemahan. Namun aku tak sangka dengan terjadinya peristiwa itu, hubunganku dengan keluarga dikampung menjadi renggang. Aku jadi malas untuk menelefon, bertanya khabar seperti biasa. Tetapi aku tetap menyembunyikan genta rasa hatiku yang terluka jika ada mereka menghubungiku .Namun tetap kedengaran suaraku yang tidak ikhlas untuk berbual.Ya Allah, berdosakah hambaMu ini kerana bersikap demikian?

Mana taknya, kebanyakan masalah bukanlah berpunca dariku. Oleh kerana sikap kebangangan sesetengah orang yang bersikap acuh tak acuh, berlagak dan iri terhadap orang lain, akhirnya aku yang menjadi mangsa. Mujurlah aku masih mampu untuk bersabar. Aku masih mampu tersenyum biarpun hati ini bagai disiat siat.
Dan inilah yang menjadi punca aku mengambil keputusan untuk tidak pulang kekampung pada hari raya haji yang lalu.Juga pada musim cuti persekolahan yang panjang ini aku juga tidak mahu pulang. jika mereka bertanya sebabnya, aku hanya akan menjawab,selagi suamiku masih bekerja disitu, kami tidak akan pulang kerana jika kami pulang kekampung pun, "hanya akan menyakitkan hati orang tua aje" meminjam kata kata seseorang yang pernah dilontarkan padaku menerusi telefon.

Aku tak mahu menyakitkan hati orang tua suamiku. sementelah aku pun sudah tidak mempunyai ibu bapa lagi, maka terserah padaku untuk pulang atau tidak. Memang lah cuti ditempat kerja suamiku susah nak dapat, maka walau 3 atau 4 hari sudah memadai untuk kami pulang menjenguk orang tua dan saudara mara dikampung.Malangnya kepulangan kami sering diiringi dengan kata kata sinis,"hmm, baik tak payah balik kalau cuti setakat 3 atau 4 hari". So what??

Kali ini aku betul betul makan hati dengan keluargaku dikampung. Dan aku sudah bertekad, jika aku pulang kekampung hanyalah jika mendengar khabar ada orang sakit atau ada sebarang musibah yang melanda. setakat balik nak bersuka ria, lebih baik lagi aku bawa anak-anakku pergi bercuti barang semalam dua ditempat orang. Jauh berjalan luas pemandangan...tidaklah aku menjadi katak dibawah tempurung macam mereka yang suka menyakitkan hatiku dengan perilaku yang tidak senonoh , biadap dan tak reti bahasa.

Friday, October 28, 2011

hati yang kecewa, sedih dan hampa

Sejak akhir akhir ini aku sering kali merasakan bahawa hidup ini sebenarnya tidak seindah yang disangka. memang lah jika mahu bangkit, bacalah buku buku motivasi yang berlambak dipasaran. Tapi bagi aku, benda benda tu sudah kebal pada diriku kerana sering sangat aku menghadamkannya. Boleh dikatakan isi kandungannya sudah kuhafal sebahagiannya. Namun bila kita berpijak pada bumi nyata, cabarannya tidak mudah bagai ditulis...banyak perkara diluar jangkaan telah berlaku.

Persoalan hidup, ragam manusia adalah biasa bagiku untuk meladeninya. Tetapi sebagai insan yang punya banyak kelemahan, kadang kala kesabaran ini teruji juga sekali dua. Ya Allah, tingkatkanlah darjah kesabaranku  dalam menempuh mehnah dan usikan rasa dari pelbagai ragam manusia yang selalu kalah kepada hawa nafsu...

Fokus sahajalah kepada perancangan yang telah kubuat selama ini. Permasalahan ini biarkan ia mengalir bersama masa. Apa yang kuharapkan supaya aku sentiasa dapat bersabar dan bersyukur dengan apa adanya..

Thursday, October 6, 2011

Dendam-penyakit yang tidak kelihatan


Bila kita bercakap tentang sakit, maka pastinya kita sering memikirkan penyakit-penyakit yang dapat dilihat kesakitannya. Kita lebih memahami kesakitan yang dialami oleh orang yang patah tangannya dari mereka yang mengalami penyakit darah tinggi.

Kita lebih kasihan kepada mereka yang luka di kepala dari mereka yang menggigil menahan kesakitan migrain. Justeru, manusia sememangnya lebih mudah memahami apa yang dilihatnya dari apa yang tersirat di sebalik pandangan mata kasar.

Jika kita katakan pula tentang sakit yang tidak nampak oleh mata kasar, maka secara mudahnya kita mengatakan ia adalah penyakit ghaib. Ghaib kerana kita tidak melihatnya namun seandainya kita sudah melihatnya maka hilanglah keghaiban tersebut.

Kanser misalnya, boleh kita katakan penyakit ghaib kerana tidak nampak oleh mata kasar, tetapi apabila zaman semakin moden serta banyak kelengkapan perubatan yang canggih, kanser cukup mudah dikesan dan tiada lagi istilah keghaiban padanya.

Oleh yang demikian, penyakit yang kita katakan ghaib belum tentu ghaib secara hakiki, namun ada juga penyakit yang benar-benar ghaib. Ghaib kerana ia sukar untuk diterjemahkan oleh mata kasar mahupun kanta yang canggih. Penyakit ini dinamakan ‘penyakit hati’. Penyakit hati pula ada banyak jenis dan rupa, ia saling berkait, biar tidak serupa tetapi mudah cerita ianya datang dari baka yang sama, ibarat adik-beradik di dunia nyata. 

Penyakit hati yang ingin diceritakan dalam entry kali ini adalah penyakit dendam halus. MenurutMs.Wiki, dendam (ataupun vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Ðendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Apa pula yang dimaksudkan dengan ‘dendam halus’?

Menurut Ðr Azhar Sarip, beliau pernah bertemu dengan seorang ahli perawat, katanya dia sihat sehingga kini walaupun umurnya sudah menjengah setengah abad. Jika bercerita tentang sakit fizikal yang sering melanda orang seusia dengannya, dia mampu tersenyum kerana tiada satu pun penyakit lima serangkai yang hinggap padanya. Meskipun secara fizikalnya dia sihat, tetapi katanya setiap orang ada juga sakitnya. Menurut beliau, sakitnya dibuat oleh orang sebelah, maksudnya si suami. Ðaripada tutur katanya, dia sudah berpisah dengan suaminya. Ðia sedih kerana suaminya sudah ada pilihan yang amat jauh lebih muda darinya. Katanya, hatinya sakit dan dia pergi ke Mekkah untuk mendoakan agar si suami tadi diberi balasan. Katanya lagi, hatinya terbuat apabila melihat keruntuhan kedua-duanya dan itulah balasan Tuhan. Ðia dengan bangganya juga berkata dia lega kerana suaminya dibayar tunai oleh Allah SWT. Anehnya lagi, dia menceritakan perihal suaminya yang hidup susah dan pelbagai lagi. Inilah yang dikatkan penyakit hati yang tidak nampak.

Ðendam halus

Walaupun ia kelihatan seperti baik, tetapi ianya penuh dengan nafas dendam. Kita kata kita sentiasa ingat pada Allah SWT, kita sayang pada Allah SWT, tetapi mengapa pula kita hidup dengan penuh dendam yang halus lagi merosakkan.

Ðendam halus lagi merosakkan ini cukup kuat impaknya dalam hidup. Biar kita kelihatan tenang, biar kita sering beribadah, tetapi jiwa kita tidak pernah tenteram. Ketidaktenteraman itu terbit daripada rasa tidak puas hati kerana orang yang ktia marah dan benci masih belum menerima balasan yang kononnya setimpal dengan perbuatan mereka. Kita akhirnya mendahului keputusan Allah SWT dalam menghakimi mereka, sedangkan Allah lebih tahu apa yang sepatutnya.

Kita juga mula memutuskan silaturrahim dalam diam sedangkan kita amat tahu bahawa kita tidak boleh memutuskannya. Kita bersumpah tidak mahu bertemu dengan si polan misanya dan tanpa sedar ianya sudah memberi satu kejayaan yang tinggi nilainya kepada syaitan.

Semakin kita cuba hampir kepada Allah SWT, maka semakin haluslah permainan syaitan ini. Permainan emosi dan dendam adalah permainan yang nampaknya tidak memberi apa-apa impak terhadap hubungan kita dengan Allah. Namun hakikat sebenarnya kita sudah mula lebih memikirkan mereka yang kita marah, lebih dari memikirkan hubungan kita dengan Allah SWT. Kita katakan yang kita tidak berdendam tetapi tahukah kita, asalnya kita rasa marah dan ingin melihat pembalasan, itu sudah cukup untuk digelar dendam.

Ðendam adalah salah satu jalan pemutus rasa cinta kita dengan Allah SWT. Apabila ada rasa dendam yang halus, kita sebenarnya akan cuba menjustifikasikan perbuatan kita, biarpun ia bertentangan dengan sifat si pencinta Tuhan.

Rasulullah SAW tidak sedikitpun menyimpan dendam kepada mereka yang menganiaya baginda. Mungkin ada yang kata, “Itu Nabi...” Makanya disebabkan itu nabi, kita perlu mengikut jalan hidup serta akhlak yang dipertontonkan kepada kita senandainya kita benar mahu mencintai Allah SWT. Selagi kita punya rasa tidak puas hati dan tidak mampu, kita jadikan dia sebagai satu elemen kasih sayang, maka selagi itu dia menjarakkan dirinya dengan Allah SWT yang maha mencintai.

Kita perlu hidup dalam keadaan kasih sayang biarpun kita dianiaya, biarpun kita difitnah mahupun dinista. Mencintai Allah SWT itu dengan rasa, maka dikurniakan rasa derita sebenar derita agar kepekaan rasa dapat dikupas tanpa kata-kata. Kata Ki Ageng Sabdo Sukma, luka hati adalah pembuka rasa, luka jiwa adalah kedekatan rasa, jika sudah merasa, datanglah cinta kepada yang Maha Esa.




Sumber : Ðr Azhar Sarip MW#1437


UJUB,BUAT MANUSIA LUPA DIRI


UJUB adalah perasaan apabila seseorang merasa puas dengan dirinya sendiri.

Disangka diri sudah cukup sempurna. Menyangka segala pekerjaan dikerjakan ahli dalam masyarakat tidak menjadi tanpa penyertaan dirinya. Perangai begini sebenarnya menyebabkan seseorang itu lupa akan kekurangan diri dan hanya mengingati kekurangan orang lain.

Janganlah sifat ujub menjalar ke dalam diri kita, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna jika kita tidak ada kerana perkara itu tidak akan menjadi sempurna tanpa bantuan orang lain.

Allah tidak memberi keutamaan kepada seorang saja sebaliknya diberikan kepada semua orang sehingga iaterkumpul menjadi sebuah masyarakat. Laksana cili yang membanggakan kepedasannya, seperti garam yang membanggakan masinnya, ibarat cuka membanggakan asamnya, ikan pula membanggakan enaknya. Segala rasa pedas, masin, masam, dan enak itu hanya akan menjadi makanan lazat selepas dikumpulkan dalam satu belanga dan dimasak bersama.

Kita perhatikan keadaan sebuah organisasi, baik agama, politik atau sosial. Kerap kali yang menyebabkan kehilangan kekuatan dan cahaya ialah kerana tiap-tiap pekerja dan pemimpin hanya ingat jasa serta tenaga sendiri, melupakan jasa dan tenaga orang lain. Sifat ujub boleh menghancurkan organisasi.


Sumber: Buku Tasauf Moden - Prof Dr Hamka
*DIPETIK DARI LAMAN SERI:BAWANG GORENG

Saturday, July 23, 2011

kekerdilan ku disisiMu Ya Tuhan



Ya Allah ya Rahman ya Rabbi  ya Illahi
curahkan rahmat dan kasihMu, rahmat dan kasihMu....

Ya  Allah dengarlah pintaku
kabulkan doa harapanku
berikanlah petunjukMu
penuhi hasrat kerinduanku


Ya Illahi pandanglah kami
nescaya tenteram jiwa hati
agar ku dapat keredhan Mu tujuan akhir jalan hidupku

Ya Rasul ya Rasul Allah selawat  salam Allah untukMu
Engkau lah kekasih Allah berikan cercah syafaatmu ya ya rasul Allah

Entah kenapa setiap kali aku lagukan bait nasyid diatas, air mataku secara automatis akan bergenang, rasa sebak yang tidak tertahankan. Nyata nasyid ini sememangnya amat menyedarkan aku tentang kuasa Nya yang Maha Besar..Dia yang Maha berkuasa dan segala galanya datang daripada Dia...