Powered By Blogger

Friday, October 28, 2011

hati yang kecewa, sedih dan hampa

Sejak akhir akhir ini aku sering kali merasakan bahawa hidup ini sebenarnya tidak seindah yang disangka. memang lah jika mahu bangkit, bacalah buku buku motivasi yang berlambak dipasaran. Tapi bagi aku, benda benda tu sudah kebal pada diriku kerana sering sangat aku menghadamkannya. Boleh dikatakan isi kandungannya sudah kuhafal sebahagiannya. Namun bila kita berpijak pada bumi nyata, cabarannya tidak mudah bagai ditulis...banyak perkara diluar jangkaan telah berlaku.

Persoalan hidup, ragam manusia adalah biasa bagiku untuk meladeninya. Tetapi sebagai insan yang punya banyak kelemahan, kadang kala kesabaran ini teruji juga sekali dua. Ya Allah, tingkatkanlah darjah kesabaranku  dalam menempuh mehnah dan usikan rasa dari pelbagai ragam manusia yang selalu kalah kepada hawa nafsu...

Fokus sahajalah kepada perancangan yang telah kubuat selama ini. Permasalahan ini biarkan ia mengalir bersama masa. Apa yang kuharapkan supaya aku sentiasa dapat bersabar dan bersyukur dengan apa adanya..

No comments:

Post a Comment